Friday, 17 June 2011

CARA-CARA MEMBUAT BLOG

Membuat blog cukup mudah sebenarnya.Boleh sambil buat sambil belajar.Yang penting kemahuan mesti ada.Banyak sumber sumber yang kita boleh perolehi untuk mempelajari.Untuk mencipta blog anda mestilah mempunyai akaun dengan Gmail.Jika belum ada daftar dulu di www.gmail.com.Sesudah mendaftar masuk ke www.blogger.com.





Kemudian log in akaun gmail yang telah dibuat dan paparan berikut muncul




Menamakan blog:

Blog title:

Berikan tajuk untuk blog anda.tajuk ini akan muncul pada dashboard anda,dalam blog dan profail anda

Blog Url Adress:

Isikan nama untuk alamat blog anda:contoh (http://blogsaya.blogspot.com) kemudian check pada availability untuk menyemak nama blog anda samada telah digunakan oleh org lain untuk memastikan ia boleh digunakan. 

Word Verification:

masuk huruf yang dipaparkan diatas.setelah lengkap klik continue



Pilih template:

Langkah seterusnya adalah memilih template untuk paparan laman blog anda.Terdapat 12 jenis template yang ada.Skrol kebawah untuk melihatnya.Klik pada butang bulat untuk pilih template yang anda suka.klik continue



Paparan berikut muncul menandakan membuat blog telah selesai dan klik Start blogging untuk memulakan menulis apa apa yang ingin disampaikan dalam blog anda.Tulis tajuk pada title pada artikel yang anda buat.Klik pada publish now selepas selesai menaip.Klik pada view blog untuk melihat blog yang anda tulis tadi.



SELAMAT MENCUBA

Sebuah renungan sempena "Hari Bapa"

Untuk semua sahabat-sahabatku yang bergelar seorang ayah...Selamat Hari Bapa...Moga semua akan menjadi bapa2 yg hebat di dunia dan akhirat....

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.
Sedih sangat selepas baca kisah ini...teringat ayahku dikampung....Semoga ayahku sentiasa dalam lembayung Rahmat dan Rahim Allah....Ayah...BARAKALLAHU .....

Cerita untuk menghilangkan stress...

Juga cerita daripada seorang sahabat....

Jgn Ketawa tapi senyum je masa bacaAku ada cerita ni… lawak la jugak.. tapi jangan
ketawa tau… Aku baru berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi
petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur
rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku
masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada
‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun
tahan ler… Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya…. bau boleh tahan… maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu
das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! …. fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah
macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu
isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku
rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin
taufan tu… PRRROOOOOTTT! !!!… fuhh lega…. bergegar
sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau
dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga
atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
minta maaf sebab lambat… lalu dia kata ‘SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka
merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar
aku dua orang, duduk keliling meja makan.. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
aku.. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku pun
jawab.’Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

Indahnya merasa sakit....

Sekadar renungan bersama....(dipinjam daripada seorang sahabat...)

Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
Huraian dari hadis di atas ialah segala bencana , penyakit,kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi kaffarah( penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “ bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah)

Bersama 3 orang Puteriku