Friday, 17 June 2011

Indahnya merasa sakit....

Sekadar renungan bersama....(dipinjam daripada seorang sahabat...)

Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
Huraian dari hadis di atas ialah segala bencana , penyakit,kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi kaffarah( penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “ bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah)

2 comments:

  1. sakit itu adalah satu rahmat daripada Allah...
    jadi belajarlah redha dengan kesakitan yang dirasai.....

    ReplyDelete
  2. kadangkala kita lupa mensyukuri kesihatan yang baik yang telah dikurniakan.

    ReplyDelete

Bersama 3 orang Puteriku