http://web.usm.my/km/24-06/KM%20ART%2011.pdf
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Tiada perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan, antara kategori umur dan antara mata pelajaran utama yang diajar dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor tahap pengetahuan, sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-sifat inovasi komputer (faedah relatif, kesepadanan, kerumitan, keboleh cubaan dan keteramatan) didapati mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Di samping itu faktor seperti jantina, umur dan mata pelajaran utama yang diajar didapati langsung tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Satu perubahan perlu dilakukan tentang sikap guru terhadap komputer dan faktor-faktor yang menyebabkan penolakan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kebolehcubaan adalah faktor utama penolakan, maka adalah wajar untuk mengadakan perancangan yang lebih teliti dan mencari jalan yang berkesan demi meningkatkan tahap kebiasaan penggunaan komputer dalam kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dan disesuaikan mengikut keperluan individu yang berbeza.
Selain itu, kita perlu mengenal pasti terlebih dahulu apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan guru-guru menerima atau menolak penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ia dapat dijadikan pandangan serta panduan. Oleh itu, guru-guru perlu bersedia menerima penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan generasi yang celik komputer. Ini bagi menjadikan generasi yang akan datang tidak kekok dengan perkembangan teknologi yang berlaku saban hari secara berterusan. Kita perlu melakukan satu perubahan dalam diri kita dan menyediakan diri kita berada di dalam dunia yang dikatakan tanpa sempadan.
ICT merupakan BBM yang senang digunakan untuk memastikan objektif tercapai..
ReplyDeleteguru2 ja yang perlu siap siaga untuk berada dalam dunia tanpa sempadan...bergerak selaras dengan perubahan masa dan cara....
ReplyDeletepenggunaan komputer dalam bilik darjah merupakan satu usaha baik yang harus dikekalkan. Ini dapat membantu kita mempertingkatkan P&P.
ReplyDeleteICT amat penting, tanpanya rasa aktiviti tak lengkap.
ReplyDeleteArtikel yang dapat membantu dalam P&P
ReplyDelete